What The ...?

Aku baru sahaja selesai mengupdatekan keta aku. Major Servis. Sebab dah 21k jalan tak penah servis. Aku tak servis sebab aku gila BZ.

Maklumlah, Penasihat Saintis Sebumi. Banyak permasalahan lain aku nak fikirkan. Seperti krisis kemanusian di Torro Rosso. Dan kesundalan politik di Thailand. Semua aku juga yang kena fikir.

Pun demikian, aku tetap menepati temu janji aku pada jam 4 petang tadi. Yang sepatutnya berlangsung pada jam 1 petang tadi. Aaalah, lambat 3 jam je pun. Apa ada hal.

Aku: Bang, nak servis?

Abang: Ingat aku gay ke? Siall..

Aku: What The ...?

Itu fikiran aku je.. Ni yang betul.

Aku: Bang, nak servis.

Brader : Dah berapa KM jalan?

Aku : Ada lah dalam 38K.

Brader : Mmmm. Ni saya kira dekat 21k juga tak servis. Ni mau-mau RM400.00 juga kalau servis.

Aku: What The ....?

Brader: Sebab abang tak servis lama nih. Ni Major Servis.

Aku: Ye la bang. Blasah je laa. Dari tak servis langsung.

Brader: Siap saya bagitau.

Selang 40 minit brader tu datang jumpa aku sebab ada permasalahan yang timbul.

Aku: What's up bro?

Brader: Yoo man. You know what. You're brilliant and awesome bro.

Aku: I feel you dowgh. Peace.

Itu fikiran aku je. Ni yang betul.

Aku: Knapa bang?

Brader: Bang, ni bateri dah rosak laa, satu titik air pun tak da.

Aku: Ish, ye ke? Takkan abru setahun dah habis.

Brader: Abang tak pernah check ke?

Aku: Hehehe.. Apa-apa je laa. Ko tukar je la trus. Brape harga?

Brader: Dalam RM195.00.

Aku: What The ...?


Movie review through the eyes of pimp master

Dulu sewaktu tunang aku masih lagi student di PULAPOL Jalan Semarak dan ada arahan yang jelas iaitu melarang tegas pelatih daripada memasuki pusat hiburan. Termasuk juga panggung wayang.

Hari sabtu biasa kitorang akan lepak area KLCC sebab dekat situ area paling dekat dari PULAPOL. Dan sebagai Penaung Kumpulan Gengster paling notorious sepanjang abad, aku paksa juga dia teman aku tengok wayang walaupun dia takut.

Pusing punya pusing, aku ternampak signboard iklah IP Man 1. Macam menarik. Lagipun, ni je la cita yang tinggal. Lain dah full house. Couple lain dah beli. Sebab dorang buruk dan hodoh, tu yang dorang beli awal dari kami.

Cite dia start pada zaman sebelum pendudukan jepun di china. Dan si IP Man ni adalah seorang pakar dalam kungfu aliran Wing Chuan. Ye kot.

Part gaduh aku memang tabik. laju nak mampus. Tak kisah la ni walaupun ni bukan real, ni wayang je. Tapi memang superb. Awesome. Tip-top condition. Low mileage orang kata.

Balik dari tengok cite tu, aku terus g beli CD dia. Cetak rompak pun lantak laa. Aku tak mampu beli yang ori pun. Sen ciput masa tu. Skang aku dah kaya macam bill gates. Nak beli KLCC pun aku mampu.

3 hari lepas aku g tengok sekuel dia dekat Mines.

Wallaaweee..

8 kali marvelous. 7 juta kali awesome dari cite Ibu MertuaKu.

Gila hebat.

Part paling best masa dia tengah interview nak buka pusat kungfu. Masa dia lawan brader gemuk atas meja tu. Memang awesome bro. Gigit ketiak gua tengok.

Masa balik tu juga aku praktis ilmu persuratan dan batinan yang aku terapkan masa khusyuk mempertontonkan cerita tadi pada keta aku.

Konon-konon aku nak try power aku.

Result dia?

Aku tumpas di tangan Myvi.

Tumpas dengan kiraan mata 10-0.

Langsung tak berbalas serangan dia.

Tangan gua masih bengkak lagi hasil pertempuran lagenda tersebut.

Takpa, nanti gua repeat.

Lu siap.

Jangan keranda di usung baru kau bertitisan air mata.

Sudah terlambat.

Waatttaaaaa...