Movie review through the eyes of pimp master

Dulu sewaktu tunang aku masih lagi student di PULAPOL Jalan Semarak dan ada arahan yang jelas iaitu melarang tegas pelatih daripada memasuki pusat hiburan. Termasuk juga panggung wayang.

Hari sabtu biasa kitorang akan lepak area KLCC sebab dekat situ area paling dekat dari PULAPOL. Dan sebagai Penaung Kumpulan Gengster paling notorious sepanjang abad, aku paksa juga dia teman aku tengok wayang walaupun dia takut.

Pusing punya pusing, aku ternampak signboard iklah IP Man 1. Macam menarik. Lagipun, ni je la cita yang tinggal. Lain dah full house. Couple lain dah beli. Sebab dorang buruk dan hodoh, tu yang dorang beli awal dari kami.

Cite dia start pada zaman sebelum pendudukan jepun di china. Dan si IP Man ni adalah seorang pakar dalam kungfu aliran Wing Chuan. Ye kot.

Part gaduh aku memang tabik. laju nak mampus. Tak kisah la ni walaupun ni bukan real, ni wayang je. Tapi memang superb. Awesome. Tip-top condition. Low mileage orang kata.

Balik dari tengok cite tu, aku terus g beli CD dia. Cetak rompak pun lantak laa. Aku tak mampu beli yang ori pun. Sen ciput masa tu. Skang aku dah kaya macam bill gates. Nak beli KLCC pun aku mampu.

3 hari lepas aku g tengok sekuel dia dekat Mines.

Wallaaweee..

8 kali marvelous. 7 juta kali awesome dari cite Ibu MertuaKu.

Gila hebat.

Part paling best masa dia tengah interview nak buka pusat kungfu. Masa dia lawan brader gemuk atas meja tu. Memang awesome bro. Gigit ketiak gua tengok.

Masa balik tu juga aku praktis ilmu persuratan dan batinan yang aku terapkan masa khusyuk mempertontonkan cerita tadi pada keta aku.

Konon-konon aku nak try power aku.

Result dia?

Aku tumpas di tangan Myvi.

Tumpas dengan kiraan mata 10-0.

Langsung tak berbalas serangan dia.

Tangan gua masih bengkak lagi hasil pertempuran lagenda tersebut.

Takpa, nanti gua repeat.

Lu siap.

Jangan keranda di usung baru kau bertitisan air mata.

Sudah terlambat.

Waatttaaaaa...

No comments:

Post a Comment