Empire Strike Back: Fiksyen Alam Maya

Aku minat bermain bola dan memang terangung dalam permainan ini.

Malah Arsene Wenger pernah panggil aku untuk bermain untuk Arsenal dengan kontrak selama 400 tahun. Bergaji 19 juta Pound sehari termasuk cuti umum dan hari raya.

Tapi aku tolak. Sebab aku malas nak pergi training. Aku rasa aku sungguh hebat dan tak perlu training. Tapi Arsene Wenger mewajibkan training. Sebab tu aku tak jadi main dengan Arsenal.

Maka aku bermain saja-saja di belakang rumah sewa aku. Dengan bermacam variasi manusia dan pemain.

Sebahagian besar dari mereka aku hanya boleh kategorikan sebagai peminat sahaja, tak layak di panggil pemain bola sebab dorang main serupa tahi. Buruk dan perasan bagus. Gelabah seperti kuda nak mengawan. Lari lintang pukang macam anjing hutan nak buru landak. Seperti sperma yang bertaburan mengejar sebutir ovum.

Tapi yang pasti aku memang terAGUNG dan terHEBAT.

Sebab tu sampai sekarang aku masih lagi mengutuk dan belum menerima sebarang tawaran bermain bola. Sebab hati dorang buta dan dayus tak melihat bakat terpendam dan terAWESOME aku ni.

Kehebatan aku menyebabkan mereka yang bermain bola bersama aku setiap hari akan berpeluh-peluh setelah selesai bermain. Kerana aura keteragungan aku menyinari hidup mereka.

Move on.

Kawan aku datang pada aku di suatu petang dan mengadu untung nasibnya.

"Persetan aja dengan mereka, baik buruk kata mereka tetap tidak bereti. Mereka tetap bodoh dan kau sentiasa adalah kau. Sebab kalau ko bedah plastik pun, ko tetap akan di hisab juga nanti."

Lalu beliau mengenakan sepasang kasut bola Nike 90+ dan mengajak aku bermain bola di tengah hari buta. Aku tolak dengan senyuman sebab aku tengah taksub dengan diri aku sendiri sebentar tadi.

"Ko rasa ada tak manusia yang hebat dan cool macam aku di bumi ni?" Tanya aku sepintas lalu.

"Tarak la kawan, mereka serupa orang lain juga. serupa awak tarak juga."

Jawapan ikhlas tu menyebabkan aku tak dapat tidur malam selama 16 purnama berturut-turut.

Selesai Fiksyen Ceritera Subuh hari.

Terima kasih kerana membaca.

Tammat.


No comments:

Post a Comment