Perutusan Raja Bersiong: Edisi Mari Mencarut 2

Aku suka bercakap pasal diri sendiri. Sebab kalau aku cuba bercakap pasal orang lain, rasa macam tak sedap badan. Rasa macam menyibuk plak.

"Aku sungguh hensem"

"Aku sungguh kiut"

"Aku sungguh baik budi pekerti"

dan macam-macam ayat yang start dengan aku.

Sebab aku memang bijak dan self-centered human at the highest level. Dan aku juga tidak peduli dan tak nak ambil tahu orang cakap apa. Sebab aku genius dan bijak pandai. Macam tok sheikh yang dah ngaji kitab lama.

Aku suka OneMalaysia. Bukan sebab aku sokong UMNOzzz tapi sebab aku sokong Najib. Sebab Najib low profile dan pandai berstrategi.

Aku tak suka Middle Malaysia. Bukan sebab aku benci PRzz tapi sebab aku tak suka bunyinya. Sebab aku rasa aku ni upper Malaysia. dan middle malaysia tiada identiti. Curi idea orang then translate pegi ke nama lain. Juga tiada benda yang nak di ketengahkan. Cuma kesamarataan. Samarata yang macam mana? "Sama rata, sama rasa. Depan belakang sama saja ka?". Ntah, tak pasti plak aku. Nanti aku kaji. Kalau sempat.

Aku tak suka ahli politik. Tapi aku suka sains dalam politik. Sama macam Chess. Banyak orang terkorban untuk tujuan satu orang. Sebab orang lain berkerja untuk satu orang. Yang sanggup mati. Sebab nak duit dan harta. Juga kontrak. Errr.. Ada saya sebut duit?

Aku suka orang melayu sebab aku melayu. Bukan maksud aku tak suka orang lain. Aku suka juga. Tapi dorang tak suka aku. Sebab aku melayu. Tapi kalau aku bangsa dorang, mungkin dorang suka aku. Tapi aku tak kisah sebab aku tak mati kalau dorang benci aku. Mungkin sebab aku hensem tu yang dorang benci aku. Atau aku ni di jamin masuk syurga tapi dorang tidak. Tu yang dorang jeles. Lantak p...

Aku suka tidur. Sebab tidur mampu menjana sel-sel badan aku yang dah mati. Mampu memberikan aku idea untuk terus menjadi hensem. Dan kalau ada rezeki, mampu memberikan aku secebis nombor untuk aku tikam di TOTO atau MAGNUM atau DA MA CHAI atau STC atau 88. Tidur juga mengingatkan aku bahawa aku sangat hampir dengan mati. Cuma aku masih bernafas.

Aku suka menulis. Sebab melalui tulisan aku rasa bebas. Menulis tiada batasan sensetif. Cuma takut kalau lebih batasan aku di saman. Menulis mampu memberikan aku kehebatan. Dan mamp menanamkan sifat ego dalam diri aku. Mampu membunuh setiap tomahan orang. Dan mampu menjana pendapatan. Kalau tak bangkrap.

Semua pasal aku. Pilihan aku. Kesukaan aku dan kegemaran aku.

Tak perlu untuk di tunjuk ajar sebab aku akan bertanya kalau aku tak tau.

Aku bukan ego sombong bodoh telengong bantak tempe.

Aku tau bila aku tak tahu dan tak pandai. Aku tanya bila perlu, aku dengar bila perlu, aku keluar bila perlu dan aku buat bila perlu.

Dan...

Aku nak balik sebab aku dah OT dekat 18 jam tanpa henti.

Nanti LHDN kejar aku sebab banyak sangat OT.

..

No comments:

Post a Comment