Le Tour De Malaysia: Pulau Pangkor 3 (Post Seminar)

MC :Jusman Jawal telah berjaya menghabiskan semua modul dalam kursus anjuran *** di Pulau Pangkor.

MC :Beliau menghabiskan kursus tersebut dengan jayanya. Dan bagi menghargai kehebatan beliau maka pihak *** penuh rasa hina menganugerahkan beliau anugerah peserta paling hensem lagi kiut..

**Tepuk tangan**

**Speech Speech speech**

Jusman : Saya berasa bangga dengan anugerah ini walaupun anugerah ini sebenarnya saya ada dekat 7 karung dekat umah sewa. tapi apa apa pun saya berterima kasih atas anugerah ini. Anugerah ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan saya betapa bertuahnya saya menjadi manusia paling kacak di bumi bertuah ini. dan kalian tuan tuan yang tidak berhak mendapat anugerah ini saya panjangkan berbanyak-banyak belas kasihan. kalau anda ada hati nak menetang saya, saya cadangkan tuan tuan melakukan bedah plastik terlebih dahulu.

Sepanjang saya berada di pulau ini, saya banyak menerima banyak pujian dan sanjungan daripada peminat-peminat saya yang tanpa jemu menunggu saya di luar bilik hotel saya. Saya panjangkan juga ucapan terima kasih. Teruskan usaha cik-cik dan janda-janda sekalian. Saya amat berbangga menjadi sanjungan kalian walaupun Faisal tahir cuba merobek anugerah saya ini.

Kepada penganjur program, saya ada sedikit komen. bila bercerita mengenai makanan yang disediakan. nyata menghampakan. Saya membanyangkan penganjur dapat menyediakan lobster dan kambing bakar pada setiap makan malam tetapi hanyalah ikan kering dan sayur kacang buncis menjadi hidangan. Sedikit mengecewakan di situ. Saya hampa tuan-tuan. Ada baiknya kalau tuan - tuan memperbaiki mutu makanan ya tuan-tuan.

Saya juga mencadangkan supaya kursus sebegini diteruskan cuma ambillah masa yang lama sedikit. Seperti 2 bulan ke, ataupun teruskan je kepada 4 tahun. Jadi bolehlah mereka-mereka yang hadir terus bermaustatin di sini dan menjadikan hotel ini rumah angkat. Sedikit sebanyak dapat juga menjimatkan sewa rumah dan memberi keuntungan yang banyak kepada pemilik hotel ini. Kalau nak lagi menarik, apa kata tuan-tuan buat di tora bora pulak ataupun di kepulauan maldive terus. Lagi grand. Lagi bagus.

Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Buah emas di bawa belayar
gunung daik bercabang tiga
Kalau tuan selesai belayar
jangan di lupa bayaran 3 ringgit.

**tepuk tangan**

MC : Kita rasa bertuah kerana En Jusman jawal hadir pada majlis kita ini dan mengharapkan beliau terus hadir bagi memantapkan gerakan **** kita ini.

End

No comments:

Post a Comment