Empire Strike Back: Tooth Ache

Aku suka sakit gigi. Sebab sakit gigi mengingatkan aku betapa sedapnya kalau dapat makan aiskrim dan coklat.

Juga mengingatkan aku betapa betulnya mak bapak aku dulu selalu sound suh gosok gigi. Shilaka, tak sangka betul juga dorang cakap. Bodoh juga aku tak ikut.

Aku ada lepak makan masa tengah repair keta aku dkt bandar baru Reko. Aku terjumpa sebuah kedai yang diusahakan oleh brader nih. Bila aku tanya, dia kata konsep kedai makan dia ala-ala blues gitu. Bullshit.. Blues apa, macam tempat orang nak hisap ganja je aku tengok.

Lantak ko la bang. Blues ke, red devil ke, The Reds ke, aku kisah apa. The Gunners juga yang bagus..

Maka aku pun minta dkt abang tu untuk offer aku hidangan special and signature drink kedai dia. Di offer nya aku teh o blueberry ngan mee udang. Menarik juga... Mee udang dia memang tip-top. Sedap sebab aku lapar. Kalau aku kenyang ko bagi free pun aku tak nak. Ko bayar aku untuk makan pun aku tak sudi. Teh o blueberry dia sedap dan mengikut penjelesan owner tu dia kata dia buat dengan campuran blueberry kering ngan teh. Takda gula. Sedap memang sedap tapi kalau takda gula macam mana aku nak sakit gigi lagi.

Owner dia ni pun bleh tahan ramah. Sampai aku nak makan pun payah. Tau la aku customer ko paling handsome tapi jangan la tunjuk sangat. Malu la aku. Tersipu-sipu aku makan. Rasa macam makan beradap plak.

Abis satu topik, dia masuk topik lain. Ke topik lain. Ke topik lain. Abis semua topik dia bahaskan. Aku pun layan kan.. Mee udang aku ni dah sejuk. Abang ni tak reti diam ke. Aku lempang ko kang. Aku tengah lapar ni.

Topik palaing aku ingat bila dia sembang tahap kebagusan dia yang berani nak berniaga. Kontol.. Dasar melayu, kedai baru buka 3-4 jam nak menang grammy award. Cehh. Busuk punya orang. Dah tu sembang nak kalahkan kedai cina. Kopitiam dan sebagainya. Oiii, ko tengok keliling kedai ko. Nisbah kerusi ngan pelanggan 100:1. Banyak kerusi dari orang. Banyak pelayan dari customer. Jangan sembang lebih.. Benci aku dengar. Udang dalam mee aku ni pun menyampah dengar.

Selesai makan aku cepat-cepat minta bill. Nyampah aku nak dengar sembang bicara brader ni. Sebelum dia buka topik nak luaskan kedai dia ketahap memfranchisekan kedai dia ke serata dunia, baik aku blah. Sebab mak aku selalu cakap. Orang yang cakap besar ni selalunya penipu.

Maka aku pun tak nak lah terus menerus di kencing oleh brader ni. Sebab aku ni genius dan bijak. Aku takkan terpedaya dengan mainan dia.

Semakin kuat aku mengutuk semakin kuat denyutan gigi aku ni. Maka aku buat kesimpulan. Aku mengutuk setakat ni sahaja.

Sekian di maklumkan.

No comments:

Post a Comment