Perutusan Raja Bersiong: Mengenali Erti Bahagia

Bahagia ke aku? Ko bahagia tak? Mak bapak korang bahagia tak? Ntah la, susah nak cakap. Bahagia pun banyak tafsirannya. Subjektif kononnya. Sebab otak kita ingat apa yang kita nak je. Selektif thingking. Otak kita ikut ape kita nak je. Yang kita tak nak memang otak kita tak ingat. Cuma kadang ada gak yang part kita suh otak kita lupa tapi dia 'save' 2-3 kali dalam hardisk otak. Menyemak je. Sakit kepala fikir.

Yang pasti bahagia bukan sekadar dapat isteri atau awek yang lawa, comel, hati suci lagi ikhlas, brea**t teguh, pe*** tembam lagi comel. Bukan juga dapat gaji 8 juta seminggu. Bukan juga ada pangkat tinggi macam penguasa dunia. Pun bukan kalau barang power macam aku ni, bleh angkat meja (teguh,besar dan peramah), badan sasa, hati tulus lagi murni, senyum cam pussycat dalam cite Shrek. Ada je orang yang lawa tapi masih kegersangan lelaki barang power. Ada je orang kaya tapi kegersangan awek lawa. Ada je yang barang power tapi tak dapat nak puaskan orang lain.

Jadi, ape maksud gembira? Memiliki kesemua diatas? Abis kalau semua diatas dah ada tapi mak bapak tak restu macam mana? Bahagia juga? Ok. Kata la mak bapa restu. Tapi kalau Allah tak restu? Buat-buat bahagia je? Hidup penuh dengan kehebatan, sana sini orang kenal. Duit bersepah-sepah. Isteri dan awek keliling pinggang. Barang dari 7 KM dah nampak. Tapi hati kosong. Macam tin buat masak buras. Haprak. Kosong. Takde intipati. Macam lawak lucah. Takde point. Consider bahagia juga ke?

Penah rasa gembira? Aku penah rasa gembira bila dapat beli aiskrim 20sen masa aku kecil hasil duit aku jual bateri buruk. Dapat duit raya RM200.00 masa aku darjah enam untuk beli pakaian raya pun aku gembira juga. Dapat UPSR 2A 1B 1C pun aku gembira juga. Operation buang jari aku lepas eksiden pun aku gembira juga.

Tapi yang hampir pasti aku cakap hampir. Bibit gembira wujud hasil penerimaan jiwa kita pada keadaan semasa. Accept what it is where it is as it is. Terima saat itu seadanya. Jadi kita tak akan menolak saat itu. Kita tidak meronta untuk pergi kesaat lain. Akan wujud yang mana saat menjadi konstan. Atau masa tanpa saat. Kita rasa nyaman menikmati saat itu. Rasa diri jadi perlahan. Perkara lain bergerak pantas. Itu mungkin kegembiraan, kebahagian yang aku cari.

Kalau terjadi bila masa seseorang mencarut atau memburuk kan kita. Jangan lawan, relaks. Tarik nafas dari hidung tak macung tu. Ngaga luas-luas mulut busuk tu n tarik nafas dalam-dalam. Nikmati saat tu. Jangan campurkan dengan ego. Itu saat gembira.

"There is a time when true man will stood in a situation with there is no point to fight back" - OnePiece.

Bukan la bermaksud biar orang pijak kepala kita. Bukan. Jangan la bodoh sangat. Tak lah Allah kata dalam Al-Quran "Berpegang lah kamu pada tali Allah" pastu korang translate pegang tali je boleh masuk syurga. Bongok. Asses keadaan semasa. Jangan betah. Jangan melawan kalau tak perlu. Buang masa. Sakitkan hati. Nanti korang nampak lebih bodoh kalau merata lebih-lebih. Biarkan je. Layan, ikut aliran masa tu. "Feel the flow of your chakra"-Naruto.

Ada kebahagian tersembunyi disitu. Ada kegembiraan kalau aku pandai cari. Allah sediakan kenikmatan dicelah saat itu. Nikmati. Bukan semua orang dapat nikmat ini. Senyumkan. Pasti akan temui kepuasan. Puas mengalahkan ego sendiri.

Dapat ikut aku tulis apa?

Dapat?

Bagus.

Anda dah temui kebahgian.

Agaknya..

No comments:

Post a Comment