Pengenalan Ke Arah Membloging.

Aku pernah menulis blog sebelum ni.

Blog pasal aku dan orang aku kenal. Tapi makin lama makin kurang menarik.

Semakin kurang menarik sampaikan aku membuat kesimpulan sendiri.

Kesimpulan aku buat, aku menulis untuk diri aku sendiri. Bukan untuk orang lain. Untuk aku sendiri. Sebab aku kiut dan hensem. Dan juga kacak serta berpendidikan tinggi. juga bijak mahupun berketrampilan.

Semua posting aku sekarang dan akan datang hanya rekaan. jangan ciplak sebab ini semua tipu. Khayalan aku je. Kalau ada persamaan dengan mana-mana blog, aku tak pasti kenapa sama dan jangan tanya aku. Juga jangan saman aku. Aku miskin tapi hensem. Aku tak mampu bayar. Kalau ko nak aku bayar saman ko tu pakai kehenseman aku boleh je. Itu aku mampu. Lagipun tahap kekiutan aku takkan habis kalau ko nak.

Blog ni juga bagi mencapai hasrat aku untuk mendapatkankan toyota harrier ataupun nissan murano. Itu pun kalau adsense atau syarikat pengiklanan bermurah hati nak bagi aku duit. Kalau tak aku buat suka-suka je la.

Komen korang dalam setiap posting adalah tanggungjawab korang sendiri. Aku peduli apa. Ko takyah nak condemn aku. Aku dah hidup 26 tahun tanpa korang condemn pun.

Enjoy and have a nice life for life is short to fell on despair.

May Allah bless me.

No comments:

Post a Comment