Perutusan Raja Bersiong: Edisi Mari Mencarut

Aku ada seorang kawan. Aku kenal beliau ketika zaman aku belajar dulu.

Sekarang beliau merupakan fellow penasihat di yayasan kefahaman pemikiran strategi sebumi.

Minggu lepas aku berpeluang melawat beliau di institute tersebut. Dan of course berpeluang menemuramah beliau kerana aku merupakan seorang opurtunis.

Aku: Hebat ko sekarang?

Prof: Aku nak buat macam mana. Dah bakat aku macam ni.

Aku: dengar cerita ko ada teori berkenaan dengan rancangan “Kajian Pelan 20 Tahun”? Boleh huraikan lebih lanjut.?

Prof: Oh.. Itu semua masih dalam kajian lagi tapi setakat ini semua hasil kajian saya mengarah kepada satu hipotisis yang berkesimpulan.

Aku: Teruskan.

Prof: Teori Ops 20 tahun ini merupakan satu pelan jangka panjang yang telah dirangka oleh mamak seluruh Malaysia untuk menakluki Tanah Melayu. Saya bukan mencipta kontrovesi tapi ini adalah hakikat.

Aku: Mmmm, this is serious allegation my dear friends. Surely you got evidence to back your theory up.

Prof: Ya dan antara pemerhatian yang telah saya lakukan. Hampir 97% kedai mamak di Malaysia menghidangkan minuman yang terlalu manis. Ini kalau di amalkan boleh menyebabkan rakyat Malaysia mengalami kencing manis dalam jangka panjang. Begitu juga dengan tempoh masa pembukaan kedai mamak. Kalau kita perhatikan, pub-pub dan kelab malam hanya dibenarkan dibuka sehingga jam 1 pagi saja berbanding kedai mamak yang beroperasi 24 jam. Saya banyak menerima laporan mengatakan bahawa 87% penceraian dalam masyarakat Malaysia disebabkan oleh ketakbsuban para suami dan isteri melepak di kedai mamak. Bukankah ini satu rancangan yang teliti?

Aku: Ohh.. Lagi...?

Prof: Jika saudara peka kepada perkembangan semasa, minggu lepas terdapat laporan di media massa berkaitan dengan seorang kanak-kanak ditemui mati kerana kelaparan yang mana ibu bapa kanak-kanak tersebut telah melepak dekat 8 hari di kedai mamak untuk berWIFI melayan Facebook. Kesian bakal pemimpin masa depan kita. Siapa yang salah? Kedai mamak tersebut sebab ada WIFI. Kalau takda?

Aku: Betul juga.

Prof: Suka saya menasihatkan masyarakat di sana berkenaan dengan Ops ini. Jaga diri anda dan jangan terpengaruh. Mari kita terjah. Tingkatkan prestasi dan jauhi kontrovesi. Peace no war. Kita layan. Zazzzzz.....

Aku: Macam pernah dengar je. Melodi ek?

Begitulah sedikit sebanyak berkenaan dengan temurah aku bersama Prof Sham(bukan nama sebenar).. Banyak cadangan beliau yang bernas aku dengar. Walaupun perit bunyinya tapi mungkin logic. Mungkin mamak sedang cuba menakluki bumi ini. Sapa tau?

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Saya tamatkan dengan serangkap pantun.


Bulat air kerana pembentung

Kuat pokok kerana akar

Perut boroi kerana minuman

Mungkin kah juga lain sebabnya?

No comments:

Post a Comment